Wednesday, 22 July 2015

Teknik Menjawab Sejarah spm

1. Kertas 1 (objektif) – 40 markah

- 1 soalan – 1 markah
- Masa – 1 jam
- 1 bab – 2/3 soalan 
- Cari jawapan salah dulu
- Pilih satu jawapan sahaja
- Buat ulangkaji / latih tubi berdasarkan topik
- Baca dua kali sebelum menjawab
- Urus masa dengan baik

2. Cara menjawab kertas 2


a) Soalan struktur (40 markah)
- Ada 4 soalan – 10 markah 1 soalan
- Masa 30/40 minit
- Ada pecahan i) ii) iii) iv)
- Baca tokoh / peristiwa / ciri-ciri / konsep/ istilah / faktor / kesan
- Meliputi teks T4/T5
- Jawab dalam bentuk ayat

b) Soalan esei
- Baca dan garis perkataan / kunci kata dalam soalan 
- Jawab 3 soalan sahaja (60 markah)
- Bentuk ayat ringkas dan padat
- Beri 1 contoh sahaja dalam isimesti ada huraian 
- Panjang jawapan berdasarkan markah soalan 
- 1 soalan – 20 markah – guna masa 30 minit sahaja
- Merangkumi teks T4 / T5
- Jika 10 markah tulis 5 isi (1 isi - 2 markah)
- Jika 5 markah tulis 3 isi atau 1 perenggan
- 1 isi tulis dalam satu perenggan
- Tiada pengenalan atau penutup 
- Tulis isi dan huraian sahaja

C) Cadangan kepada calon / guru mata pelajaran Sejarah

- Beri tumpuan kepada fakta dalam buku teks sebagai rujukan utama
- Memahami konsep Sejarah
- Perbanyakkan latihan / kemukakan banyak soalan setiap bab 
- Kuasai teknik menjawab yang tepat
- Buat nota / peta minda
- Buat kumpulan / perbincangan topik

Read More

Teknik Menjawab Bahasa Melayu spm

RUMUSAN


Petikan membicangkan .........

Masalah =kekangan/halangan
Langkah =cara-cara,mekanisme
Peranan =fungsi,tanggungjawab

Pendahuluan  

keterangan tempat
  • di negara kita
  • di Malaysia
  • di sekolah-sekolah ini

keterangan masa
  • pada masa ini
  • pada zaman ini
keterangan siapa
  • dalam kalangan murid
  •  dalam kehidupan manusia

Isi tersurat =tambah penanda wacana sebelum isi yang lain
  1. Selain itu,
  2. Disamping itu,
  3. Seterusnya,
  4. Tambahan lagi,
  5. Akhirnya,

Isi tersirat =cara-cara

kerajaan 
  • kempen
  • denda
  • menguatkuasakan undang-undang
media massa 
  • mengiklankan dokumentari
  • memaparkan dokumentari

Kesimpulan

.................... agar/untuk/supaya ................
Read More

Teknik Menjawab Fizik Kertas 3 Section:B

Fizik Kertas 3 Bahagian B

Okay Hari ni banyak Ayu dapat teknik menjawap untuk paper three; Biology, and Chemistry. Selain itu, Ayu main search tips untuk soalan spm. Alhamdulillah, rezeki ayu terjumpa teknik menjawap Sejarah dan  Bahasa Melayu (rumusan).




PERINGATAN: cara permarkahan  PHYSIC kertas 3 bahagian B untuk BIOLOGY dan KIMIA adalah TIDAK SAMA! 

1)inference (1markah)

2)hypothesis (1markah)

3)Aim (1markah)

4)MANIPULATED+RESPONDING  variables (1markah)

5)FIXED variable (1markah)

6)COMPLETE list of apparatus and materials (1markah)

7)functional diagram of apparatus (1markah)

8)State how the manipulated variable is controlled (1markah)

9)State how the responding variable is measured (1markah)

10)State how the procedure is repeated to obtain at least 5 sets of results (1markah)

11)State how the data is tabulated (1markah)

12)State how the data is analysed (1markah)

MARKAH PENUH 12 MARKAH



CONTOH SOALAN

In the ocean, the water is often more calm. As the waves move towards the beach they become more distinct as shown by diagram 4.1. Study the shape and wave length shown in diagram 4.1.

Sorry Ayu terpaksa snap guna handphone nak ambik gambar ni




Based on the information and the observation above:



(a)State one suitable inference



(manipulated) AFFECTS (responding)



perkataan affects adalah sangat penting. Biasanya aspek untuk jawapan boleh dilihat dari gambar rajah yang diberi oleh soalan. Sebagai contoh, jawapan untuk soalan ini ialah:



depth AFFECTS wavelength   √markah pertama

(depth dan wavelength mengalami perubahan dalam gambar rajah)

(perkataan affects wujud)


b)State one suitable hypothesis




(manipulated) increase, (responding)increase

ATAU

(manipulated) derease, (responding)decrease

ATAU

(manipulated) increase, (responding)decrease (and vice versa)



untuk soalan ini, perkataan increase dan decrease adalah sangat penting.

jangan memberi jawapan yang tidak pasti atau bagi jawapan inference seperti: 



Depth increases, wavelength will changes

ATAU

Depth affects wavelength



jawapan betul ialah 

Depth increases, wavelength increases  √markah kedua



(c)With the use of apparatus such as ripple tank, stroboscope and other suitable apparatus, describe an experiment framework to investigate the hypothesis stated in 4(b). In your description, state clearly the following :


(i) Aim of the experiment

biasanya jawapan untuk soalan ini dapat dicari dalam soalan yang diberi.Contohnya:



In the ocean, the water is often more calm. As the waves move towards the beach they become more distinct as shown by diagram 4.1. Study the shape and wave length shown in diagram 4.1.

(ocean is more depth, beach is less depth. the question ask you to study wavelength also) 

  

cara menjawab yang betul ialah:

To INVESTIGATE the RELAITIONSHIP between (manipulated) and (responding)



jawapan 
To investigate the relationship between depth and wavelength  √markah ketiga


(ii) Variables in the experiment

apabila sampai di soalan ini, calon sepatutnya sudah tahu dan pasti dengan manipulated dan reponding variables. Sekiranya calon masih tidak dapat pastikan, sila memilih soalan lain (bahagian b ada 2 soalan kan?). Dan sekiranya selepas anda pasti dengan manipulated and reponding, anda tidak dapat mencari fixed variable, pergilah ambil PMR ulangan.

cara permarkahan di sini lebih special 



MANIPULATED+RESPONDING=1markah

FIXED=1markah



Jawapan ialah:



Manipulated variable : depth, h

Responding variable : wavelength, λ  √markah keempat



fixed variable: frequency  √markah kelima



(iii) List of apparatus and materials.

peringatan untuk soalan ini ialah, untuk dapat markah 1 dalam soalan ini, anda harus memberi complete set of apparatus and materials. Kalau tidak memberi semua, markah tidak akan diberi.

Cara menjawab yang baik ialah

anda boleh tinggalkan ruangan dahulu untuk soalan ini dan teruskan ke soalan seterusnya, iaitu drawing diagram dan procedure.Apabila menulis melukis dan menulis procedure, anda pasti akan teringat apa yang harus digunakan.Selain itu, soalan juga akan bagi calon sedikit apparatus dan material yang harus digunakan. untuk itu, sama ada anda suka atau tidak, anda harus menulis apparus tersebut dalam jawapan anda dan "menggunakannya" dalam procedure nanti.



jawapan ialah:

D.c. power supply, ripple tank and accessories, lamp, metre rule, white paper, 5 pieces of perspecs/glass, stroboscope  
√markah keenam



(iv) Arrangement of the apparatus  √markah ketujuh

calon-calon perlu draw a functional diagram, jangan lukis yang bukan-bukan sehingga hilang markah tau. Gunalah pembaris dan pencil untuk bahagian ini, kalau lukis salah boleh padam.



(iv) The procedure of the experiment which includes the method of controlling the manipulated variable and the method of measuring the responding variable.


State how the manipulated variable is controlled

terdapat banyak cara yang berbeza untuk experiment yang berbeza, seperti, use 1battery then use 2 and 3, use low power lense first then use high power lense dan sebagainya

The current was switched on.

The put one piece of perspecs in the ripple tank
  √markah kelapan



State how the responding variable is measured

Selain perlu menyatakan cara untuk mengenal pasti responding, anda juga harus menyatakan apparatus yang digunakan untuk mendapat reponding variables

Mark the position of wave on the white paper as seen through the stroboscope

Measure the wavelength using metre rule
  √markah kesembilan



State how the procedure is repeated to obtain at least 5 sets of results

Ini merupakan aspek yang TIDAK dinyatakan dalam kehendakan soalan, tetapi calon harus menulisnya untuk mendapat 1markah. Dalam menyatakan kaedah mengubah manipulated dan mendapat reponding variables, anda telah mendapat SATU set results. Oleh itu, anda harus mengulangi experiment untuk EMPAT kali lagi untuk mendapat LIMA set result. Kata kunci yang mesti ada untuk aspek ini ialah. THE PROCEDURE IS REPEATED!!



The procedure was repeated for different depth by putting pieces of perspecs on top of the previous perspecs in the ripple tank 2,3,4 and 5 number of perspecs.  √markah kesepuluh



(v) The way you would tabulate the data
(manipulated variables)(responding variables)
1-
2-
3-
4-
5-


jangan lupa letak unitnya~jawapan:  √markah kesebelas
number of perspecsWavelength / cm
1-
2-
3-
4-
5-


(vi) The way you would analyse the data.

cara menjawab ialah, MESTI melukis GRAPH, tetapi cuma lukis x-axis dan y-axis
x-axis label manipulated variables

y-axis label responding varialbes
  √markah keduabelas

graph inTIDAK perlu data (maksudnya jangan lukis apa-apa pada graph itu, cuma graph saja)
Read More

Monday, 20 July 2015

Hari Raya ♥

Hari raya kali ni agak kurang happy sebab sikit rumah pergi beraya  hmmm ︶︿︶ tak apa lah  ada jugak rumah pergi ziarahi dalam lima rumah macam tu haha ≧﹏≦

Raya tahun ni banyak duk rumah; makan dgn tidur je hahaha sampai badan naik mendadak ~^O^~ bak kata pepatah kawan ayu biar makan asalkan happy huuu~~ (*^ω^*)

Duit raya pula haha jangan cakap bak kata Ayah "gst duit mesti kurang kan 6%" (ಥ_ಥ). Ramai pakcik dgn makcik ayu dah kahwin so duit raya semakin kurang  huhuhu 〒▽〒..nasib baik sudah besar tak Ada  kisah sangat  duit raya tu (⌒▽⌒) asalkan dapat beraya selagi orang kita sayang masih ada lagi dan sayangi la mereka seperti mereka menyayangi kita semasa membesarkan kita, tak kisah  la bukan parents kita pon tunjukkan muka gembira kita depan mereka yerr  (❁´▽`❁)

Read More

Tuesday, 14 July 2015

Red Pearl Cookies

Red Pearl Cookies
Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gamdum
  • 75 gram gula halus atau kastor
  • 60 gram cornflakes
  • 50 gram coklat cip
  • 25 gram almond nibs
  • 1st esen vanila
  • ceri merah (dihiris halus dan memanjang)

Cara-cara:
  1. Mula-mula satukan butter dan gula
  2. Dengan menggunakan senduk kayu, gaul sehingga gula dan butter sebati dan sekata (tak payah sampai kembang, cukup sekadar sebati sahaja)
  3. Masukkan tempung dan gaul rata
  4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla. Kemudian ratakan
  5. Sudukan atas dulang pembakar.
  6. Buah ceri yang sudah dipotong, letakkan atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C. Bakar biskut selama 20-25 minit (bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing). Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
Read More

Biskut Cornflake

BISKUT CORNFLAKE


RESEPI BISKUT CORNFLAKE:
  • 1 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan planta / butter
  • 1/2 cawan kismis (potong kecil sekiranya besar)
  • 1 cawan almond nid
  • 2 biji kuning telur 
  • 2 1/2 tepung gandum
  • 2 cawan cornflake (ramas kasar)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 sudu teh baking powder

CARANYA:Pukul margerin & gula hingga sebati masukkan telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan semua bahan-bahan lain.. Gaulkan sehingga rata.. sudukan [guna sudu kfc (sekiranya ada) atau sudu teh atau mana-mana sudu kecil] dan celup dalam cornflakes yang diramas kan. Letakkan atas dulang dan bakar sehingga masak. Suhu oven 150C lebih kurang 25 minit (keep your eyes jangan sampai hagus). Bakar sehingga dah rupa golden brown.


P/S: aduan memang lembik jangan tambah tempung, nanti dah masak dalam gebu macam kek tapi rangup diluar


Read More

Monday, 6 July 2015

Doa untuk pelajar ketika menghadapi peperiksaan

Hari ni Ayu nak share doa untuk pelajar SPM, PT3 dengan UPSR. Harap sangat doa ni akan bantu korang dalam exam penting.



Doa supaya menjadi pakar dalam sesuatu pekara



Doa mudah menghafal




Doa supaya diberi pentunjuk




Doa untuk "melihat" yang di rahsiakan




Doa penerang Hati


Doa mendapat ilham atau Idea yang baik





Mama selalu pesan kalau jawap exam memang dah tak ingat jawapannya baca ayat ni:

"Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tham-min bil hairi" maksudnya "Ya allah kau permudahkan..jangan kau susahkan. Ya allah kau akhirkan dengan kebaikkan."


Alhamdulillah Ayu baca doa ni memang tenang menjawap soalan. Satu jer pesanan Ayu kalau nak jawap pasang niat untuk ibu bapa kita in sha allah awak akan memperolehi result yang baik dengan result tu awak dapat membangakan ibu bapa awak. Ameen.. 


Cikgu dengan mama ayah ayu pesan hehe ^0^







Read More
Powered by Blogger.

Categories

© You're My Star, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena